SELAMAT DATANG . ANDA PENGUNJUNG KE ;

free hit counter

Saturday, May 15, 2010

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

  • TASIK MUNGKA

tasik menjadi habitat burung burung

pemandangan dari jauh

  • KOLAM IKAN ZAINAL , SERAKIK


pondok untuk beristirehat


kolam ikan di tapak perkhemahan


  • Kg Rokam , sesuai untuk aktiviti hujung miggu . Pernah diadakan program berkelah , hari keluarga dan sebagainya .




  • Tapak Perkemahan di Kg Paya Terap . Program Perkhemahan Perdana pernah diadakan oleh sekolah sekolah G7 .




  • Tasik Mungka . Menjadi tempat kegemaran si kaki pancing dan pencinta alam


ANTARA AKTIVITI PARA PENDUDUK

  • YASINAN
salah satu daripada aktiviti kaum wanita di sini

diadakan pada setiap hari ahad jam 2 petang . disusuli dengan
Program Keluarga Sakinah
  • MAULIDUR RASUL
Nasyid turut menjadi penyeri majlis

sambil menantikan penceramah hadir ke majlis

penduduk kampung hadir bagi memeriahkan majlis

Majlis sambutan Maulidur Rasul ini diadakan pada Mac 2010


GOTONG-ROYONG

berat sama dipikul , ringan sama di jinjing

kaum lelaki turut membantu sewaktu memasak

KARNIVAL JUARA RAKYAT

kaum wanita menyertai pertandingan nasyid peringkat kampung
  • Antara aktiviti bulanan dan tahunan yang diadakan ialah mesyuarat JKKK dan UMNO . Diadakan bagi membincangkan segala kemusykilan dan masalah yang timbul dalam kampung dan sebagainya .
  • Aktiviti gotong royong pula diadakan secara berkala di Balai Raya dan Surau .
  • Yasinan diadakan dari rumah ke rumah pada setiap hari ahad oleh kaum wanita


Friday, May 14, 2010

PRASARANA DAN KEMUDAHAN LAIN

Rumah yang telah diperuntukkan oleh kerajaan

Restu Ibu Agriculture , menjalankan ternakan kambing

Arked Mara Sebelas , menyediakan ternakan seperti lembu untuk disembelih dan sebagainya


Bumi Hijau Enterprise , menyediakan dan pembekal sayur sayuran


Pembeli Getah Berlesen , milik RISDA

Pusat timbang sawit , milik RISDA


surau Kg Jawa

Balai Raya Kg Padang Kiambang

Jalan raya yang sudah dinaik taraf


Jalan dari Buloh Kasap ke Felda Palong Timur

PEKERJAAN PENDUDUK ;

Penduduk di Kg Padang Kiambang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah , mengusahakan kebun kelapa sawit , dan bekerja di kebun sendiri .



Di Kebun sendiri , mereka mengusahakan tanaman kecil kecilan seperti , menanam cili , serai , dan lain lain .



Selain itu ,ada juga segelintir penduduk yang bekerja di ladang kelapa sawit milik Johor Foods Sdn Bhd yang berhampiran . Ladang yang dimaksudkan ialah Ladang Mungka . Tambahan daripada itu , ada juga penduduk yang bekerja di kilang kelapa sawit Palong Cocoa .

Ada juga yang bekerja sebagai nelayan sungai ,tukang jahit .

Sektor penanaman sayur pula menjadi sektor yang diminati oleh para penduduk dan ramai yang telah pun menjalankan projek tersebut . tidak dinafikan bidang atau pakerjaan ini menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada penduduk .

Bagi penduduk yang bekerja di sektor swasta pula , mereka hanya menetap di sini tetapi mereka bekerja di bandar segamat .

PEKERJAAN PENDUDUK ;

HASIL TANAMAN
pisang juga mendapat tempat di pasaran

tapak tanaman . pokok sayuran ditanam dengan baik .



proses memetik buah timun


hasil tanaman . buah timun .



tapak tanaman . sayur kacang panjang




sudah boleh dipetik dan dijual kepada pemborong

PEKERJAAN PENDUDUK ;

INDUSTRI JAHITAN
menjadikan menjahit sebagai salah satu sumber pendapatan

ianya juga menyumbang kepada pendapatan sampingan


PEKERJAAN PENDUDUK ;

BINATANG TERNAKAN

**Antara pekerjaan penduduk kampung di sini ialah menternak binatang seperti kambing , lembu dan kerbau .
Kambing diternak penduduk kampung

Kerbau ternakan penduduk kampung .

Lembu merupakan binatang ternakan yang paling banyak mendapat sambutan masyarakat setempat terutamanya disembelih untuk hari raya , majlis perkhawinan dan sebagainya .


SEJARAH KAMPUNG

Kampung Padang Kiambang adalah kampung induk kepada kampung kampung sekitar iaitu Kg Paya Terap , Kg Rokam , Kg Jawa , dan Kg Mungka .

Nama Kg Padang Kiambang diambil sempena nama pokok kiambang yang hidup subur seperti padang .

Nama Kg Jawa pula mendapat nama dari sekumpulan orang orang jawa yang datang meneroka dan membuat penempatan di situ .

Kg Rokam berasal dari pokok Rokam yang tumbuh melata di kawasan tersebut .

Kg Mungka mendapat nama kerana kawasan tersebut pada masa dahulu sebuah hutan yang menjadi habitat ungka ungka . Perkataan ungka akhirnya disebut masyarakat setempat sebagai mungka .

Monday, May 3, 2010

Pengerusi & JKKK Buloh Kasap 5

Pengerusi : Encik Mohd Aris bin Hussin

Setiausaha : Encik Timan bin Ibrahim

Bendahari : Encik Sapari bin Sam

Ahli Jawatankuasa :
  1. En Ayob bin Ibrahim
  2. En Ariff bin Hussin
  3. En Zainuddin bin Mohamad
  4. En Zainal Abidin bin Ibrahim
  5. En Mohamed bin Idris
  6. En Zaharuddin bin Zakaria
  7. En Ithnin bin Ahmad
  8. En Roszimi bin Yusof
  9. En Rashid bin Ibrahim
  10. Pn Kamariah bt Hj Abdullah
  11. Pn Katijah bt Suratin
  12. Pn Zainon bt Mohamad
  13. Pn Aminah bt Waiman
  14. En Munil bin Shukor

Saturday, March 27, 2010

Serba Sedikit Berkaitan Kampung Tradisi

Di bawah Tadbiran JKKK Buloh Kasap 5 Kampung Tradisi iaitu ;

  1. Kg. Padang Kiambang
  2. Kg. Paya Terap
  3. Kg. Jawa
  4. Kg. Mungka
  5. Kg. Rokam
  6. Kg. Kuala Palong

Penempatan Estet ;

  1. Ladang Mungka
  2. Ladang Kemedak
  3. Kilang Sawit Palong Cocoa

Saturday, March 20, 2010

KG. KUALA PALONG

Kilang Karbon Kuala Palong - 7 orang lelaki

KG. ROKAM

Jumlah Rumah 5 buah
Jumlah Penduduk 31 orang

  1. Husin bin Haron ( 5 lelaki 6 perempuan) - 11 orang
  2. Aminah bte Husin ( 1 lelaki 1 perempuan) - 2 orang
  3. Ariff bin Husin ( 2 lelaki 3 perempuan) - 5 orang
  4. Samad bin Awang (3 lelaki 2 perempuan) - 5 orang
  5. Kilang Carbon ( 7 lelaki 1 perempuan) - 8 orang

KG. MUNGKA

Jumlah Rumah 16 buah
Jumlah Penduduk

  1. Abu bin Ali ( 2 lelaki 2 perempuan) - 4 orang
  2. Mohd Aris bin Husin ( 2 lelaki 4 perempuan) - 6 orang
  3. Tan bin Yahya (4 lelaki 3 perempuan) - 7 orang
  4. Samin bin Sengah ( 3 lelaki 2 perempuan) - 5 orang
  5. Muhamed bin Idris ( 2 lelaki 3 perempuan) 5 orang
  6. Zainal Abidin bin Ibrahim ( 3 lelaki 5 perempuan) - 8 orang
  7. Samsiah bte Hamdan ( 6 perempuan) - 6 orang
  8. Ithnin bin Ahmed ( 1 lelaki 3 perempuan) - 4 orang
  9. Ashuri bin Surni ( 3 lelaki 4 perempuan) - 7 orang
  10. Mohd Akib bin Suaib ( 4 lelaki 2 perempuan) - 6 orang
  11. Misnan bin Ramli ( 3 lelaki 2 perempuan) - 5 orang
  12. Ayob bin Ibrahim ( 5 lelaki 2 perempuan) - 7 orang
  13. Zaidin bin Kamat (5 lelaki 4 perempuan) - 9 orang
  14. Zainurin bin Mohamad ( 2 lelaki 1 perempuan) - 3 orang
  15. Hashim bin Abd Rahman (2 lelaki 3 perempuan) - 5 orang
  16. Robani bin Mahlawi (2 lelaki 2 perempuan) - 4 orang

KG. JAWA

Jumlah Rumah 20 buah
Jumlah Penduduk 94 orang

  1. Roszimi bin Yusof ( 3 lelaki 2 perempuan ) - 5 orang
  2. Abu bin Ali ( 4 lelaki 4 perempuan ) - 8 orang
  3. Abdullah bin Ali ( 6 lelaki 5 perempuan ) - 11 orang
  4. Rosli bin Abdullah ( 2 lelaki 2 perempuan ) -4 orang
  5. Ramli bin Wakiran ( 4 lelaki ) - 4 orang
  6. Zainal bin Wakiran ( 2 lelaki 2 perempuan ) - 4 orang
  7. Mohd Anuar bin Kosnon ( 1 lelaki 2 perempuan ) - 3 orang
  8. Hamdan bin Khalil ( 7 lelaki 5 perempuan ) - 12 orang
  9. Norizzan bin Samad ( 1 lelaki 2 perempuan) - 3 orang
  10. Ahmadi bin Kemat ( 2 lelaki 1 perempuan ) - 3 orang
  11. Shahroni bin Berahim ( 1 lelaki 2 perempuan ) - 3orang
  12. Herman bin Tony ( 3 lelaki 2 perempuan ) - 5 orang
  13. Bakar bin Ali ( 3 lelaki 3 perempuan ) - 6 orang
  14. Rimbun bt Ibrahim ( 1 perempuan ) - 1 orang
  15. Ahmad bin Suratin ( 2 lelaki 3 perempuan) 5 orang
  16. Elham bin Marion ( 2 lelaki 3 perempuan) - 5 orang
  17. Parizan bin Wakiran ( 1 lelaki 4 perempuan) - 5 orang
  18. Tumirin bin Ahmad ( 1 lelaki 1 perempuan) - 2 orang
  19. Ahmad Noor bin Credo ( 2 lelaki 2 perempuan) - 4 orang
  20. Mohd Azmi bin Wakiran ( 2 lelaki 3 perempuan) - 5 orang

KG. PAYA TERAP

Jumlah rumah 16 buah
Penduduk 55 orang
  1. Md Nor bin Abd. Majid (3 lelaki 2 perempuan) - 5 orang
  2. Sulaiman bin Ahmad - 1 orang
  3. Ariff bin Anuar ( 2 lelaki 1 perempuan) - 3 orang
  4. Ramlah bin Abd. Ghani - 1 orang
  5. Mokhtar bin Ahmad (1 lelaki 1 perempuan) - 2 orang
  6. Beyah bte Panjang - 1 orang
  7. Samsudin bin Adam ( 4 lelaki 5 perempuan) - 9 orang
  8. Anuar bin Abu Bakar ( 1 lelaki 2 perempuan) - 3 orang
  9. Omar bin Abu Bakar ( 1 lelaki 4 perempuan) - 5 orang
  10. Muhamad bin Salleh ( 2 lelaki 1 perempuan) 3 orang
  11. Zainon bte Muhamad ( 2 lelaki 4 perempuan) - 6 orang
  12. Fatimah bte Maden ( 1 lelaki 2 perempuan) - 3 orang
  13. Kassim bin Endut ( 2 lelaki 2 perempuan) - 4 orang
  14. Ahmad bin Kassim ( 3 lelaki 3 perempuan) - 6 orang
  15. Rashid bin Awang ( 2 lelaki 3 perempuan) - 5 orang
  16. Mazlan bin Salim ( 2 lelaki ) - 2 orang

KG. PADANG KIAMBANG

Jumlah Rumah 17 buah.

  1. Ali bin Mahmod (4 lelaki 4 perempuan) - 8 orang
  2. Saodah bte Atan - 1 orang
  3. Mohd Fariz bin Saidul Ramli ( 4 lelaki 2 perempuan) - 6 orang
  4. Suboh bin Ahmad (2 lelaki 4 perempuan - 6 orang
  5. Sapari bin Sam ( 4 lelaki 2 perempuan ) - 6 orang
  6. Timan bin Ibrahim (2 lelaki 4 perempuan) - 6 orang
  7. Siti Hadijah bte Yahya (3 perempuan) - 3 orang
  8. Yahya bin Abd Majid - 1 orang
  9. Rashid bin Ibrahim (1 lelaki 3 perempuan) - 4 orang
  10. Selamah bte Ahmad ( 1 lelaki 2 perempuan) - 3 orang
  11. Jaafar bin Othman - 1 orang
  12. Selemah bte Ahmad - 1 orang
  13. Aishah bte Maarof - 1 orang
  14. Hussin bin Abdullah ( 4 lelaki 2 perempuan) - 6 orang
  15. Abd Samad bin Sapar ( 4 lelaki 3 perempuan) - 7 orang
  16. Zainab bt Merah ( 1 lelaki 3perempuan ) -4 orang
  17. Kimah bt Binchol - 1 orang

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dengan penuh rasa kesyukuran , kami ingin mengambil kesempatan disini untuk melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa yang ada untuk menjengah ke laman berkaitan kampung kami .
Pengenalan ;
Kampung kami terletak dalam mukim buloh kasap 5 , segamat . mengambil masa kira kira 10 minit ke pekan buloh kasap . dikelilingi beberapa buah kampung lain yang mempunyai penduduk berbilang kaum . pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan antaranya projek tanaman sayur . pelbagai prasarana yang disediakan kerajaan khusus untuk keselesaan para penduduk . Petempatan yang sejajar dan dilengkapi kedai runcit , bengkel dan lain lain .
Kami berbesar hati sekiranya anda , seiring dan sentiasa menjadi pengunjung laman blog kami kerana pelbagai informasi menarik berkaitan tempat tempat menarik dan sebagainya bakal dimuatkan dari masa ke masa .
andainya ada patah penulisan kami menyentuh hati , maaf di susun sepuluh jari .
Sekian , Terima Kasih