SELAMAT DATANG . ANDA PENGUNJUNG KE ;

free hit counter

Saturday, May 15, 2010

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

  • TASIK MUNGKA

tasik menjadi habitat burung burung

pemandangan dari jauh

  • KOLAM IKAN ZAINAL , SERAKIK


pondok untuk beristirehat


kolam ikan di tapak perkhemahan


  • Kg Rokam , sesuai untuk aktiviti hujung miggu . Pernah diadakan program berkelah , hari keluarga dan sebagainya .




  • Tapak Perkemahan di Kg Paya Terap . Program Perkhemahan Perdana pernah diadakan oleh sekolah sekolah G7 .




  • Tasik Mungka . Menjadi tempat kegemaran si kaki pancing dan pencinta alam


ANTARA AKTIVITI PARA PENDUDUK

  • YASINAN
salah satu daripada aktiviti kaum wanita di sini

diadakan pada setiap hari ahad jam 2 petang . disusuli dengan
Program Keluarga Sakinah
  • MAULIDUR RASUL
Nasyid turut menjadi penyeri majlis

sambil menantikan penceramah hadir ke majlis

penduduk kampung hadir bagi memeriahkan majlis

Majlis sambutan Maulidur Rasul ini diadakan pada Mac 2010


GOTONG-ROYONG

berat sama dipikul , ringan sama di jinjing

kaum lelaki turut membantu sewaktu memasak

KARNIVAL JUARA RAKYAT

kaum wanita menyertai pertandingan nasyid peringkat kampung
  • Antara aktiviti bulanan dan tahunan yang diadakan ialah mesyuarat JKKK dan UMNO . Diadakan bagi membincangkan segala kemusykilan dan masalah yang timbul dalam kampung dan sebagainya .
  • Aktiviti gotong royong pula diadakan secara berkala di Balai Raya dan Surau .
  • Yasinan diadakan dari rumah ke rumah pada setiap hari ahad oleh kaum wanita


Friday, May 14, 2010

PRASARANA DAN KEMUDAHAN LAIN

Rumah yang telah diperuntukkan oleh kerajaan

Restu Ibu Agriculture , menjalankan ternakan kambing

Arked Mara Sebelas , menyediakan ternakan seperti lembu untuk disembelih dan sebagainya


Bumi Hijau Enterprise , menyediakan dan pembekal sayur sayuran


Pembeli Getah Berlesen , milik RISDA

Pusat timbang sawit , milik RISDA


surau Kg Jawa

Balai Raya Kg Padang Kiambang

Jalan raya yang sudah dinaik taraf


Jalan dari Buloh Kasap ke Felda Palong Timur

PEKERJAAN PENDUDUK ;

Penduduk di Kg Padang Kiambang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah , mengusahakan kebun kelapa sawit , dan bekerja di kebun sendiri .



Di Kebun sendiri , mereka mengusahakan tanaman kecil kecilan seperti , menanam cili , serai , dan lain lain .



Selain itu ,ada juga segelintir penduduk yang bekerja di ladang kelapa sawit milik Johor Foods Sdn Bhd yang berhampiran . Ladang yang dimaksudkan ialah Ladang Mungka . Tambahan daripada itu , ada juga penduduk yang bekerja di kilang kelapa sawit Palong Cocoa .

Ada juga yang bekerja sebagai nelayan sungai ,tukang jahit .

Sektor penanaman sayur pula menjadi sektor yang diminati oleh para penduduk dan ramai yang telah pun menjalankan projek tersebut . tidak dinafikan bidang atau pakerjaan ini menjanjikan pulangan yang sangat lumayan kepada penduduk .

Bagi penduduk yang bekerja di sektor swasta pula , mereka hanya menetap di sini tetapi mereka bekerja di bandar segamat .

PEKERJAAN PENDUDUK ;

HASIL TANAMAN
pisang juga mendapat tempat di pasaran

tapak tanaman . pokok sayuran ditanam dengan baik .



proses memetik buah timun


hasil tanaman . buah timun .



tapak tanaman . sayur kacang panjang




sudah boleh dipetik dan dijual kepada pemborong

PEKERJAAN PENDUDUK ;

INDUSTRI JAHITAN
menjadikan menjahit sebagai salah satu sumber pendapatan

ianya juga menyumbang kepada pendapatan sampingan


PEKERJAAN PENDUDUK ;

BINATANG TERNAKAN

**Antara pekerjaan penduduk kampung di sini ialah menternak binatang seperti kambing , lembu dan kerbau .
Kambing diternak penduduk kampung

Kerbau ternakan penduduk kampung .

Lembu merupakan binatang ternakan yang paling banyak mendapat sambutan masyarakat setempat terutamanya disembelih untuk hari raya , majlis perkhawinan dan sebagainya .


SEJARAH KAMPUNG

Kampung Padang Kiambang adalah kampung induk kepada kampung kampung sekitar iaitu Kg Paya Terap , Kg Rokam , Kg Jawa , dan Kg Mungka .

Nama Kg Padang Kiambang diambil sempena nama pokok kiambang yang hidup subur seperti padang .

Nama Kg Jawa pula mendapat nama dari sekumpulan orang orang jawa yang datang meneroka dan membuat penempatan di situ .

Kg Rokam berasal dari pokok Rokam yang tumbuh melata di kawasan tersebut .

Kg Mungka mendapat nama kerana kawasan tersebut pada masa dahulu sebuah hutan yang menjadi habitat ungka ungka . Perkataan ungka akhirnya disebut masyarakat setempat sebagai mungka .

Monday, May 3, 2010

Pengerusi & JKKK Buloh Kasap 5

Pengerusi : Encik Mohd Aris bin Hussin

Setiausaha : Encik Timan bin Ibrahim

Bendahari : Encik Sapari bin Sam

Ahli Jawatankuasa :
  1. En Ayob bin Ibrahim
  2. En Ariff bin Hussin
  3. En Zainuddin bin Mohamad
  4. En Zainal Abidin bin Ibrahim
  5. En Mohamed bin Idris
  6. En Zaharuddin bin Zakaria
  7. En Ithnin bin Ahmad
  8. En Roszimi bin Yusof
  9. En Rashid bin Ibrahim
  10. Pn Kamariah bt Hj Abdullah
  11. Pn Katijah bt Suratin
  12. Pn Zainon bt Mohamad
  13. Pn Aminah bt Waiman
  14. En Munil bin Shukor